SEBAB UTAMA KENAPA AR ADALAH TEKNOLOGI “MESTI ADA” DALAM MEMASARKAN PRODUK/SERVIS ANDA SEKARANG

Masa kini, kewujudan teknologi Augmented Reality (AR) di Malaysia telah menarik minat pelbagai pihak. Ini adalah hasil dari pelancaran permainan mudah-alih Augmented Reality (AR), Pokemon Go yang viral di seluruh dunia beberapa tahun lepas termasuk di Malaysia. Malah, hampir mustahil untuk mencari seseorang yang tidak pernah dengar tentang permainan mudah-alih AR itu.

Namun begitu, teknologi Augmented Reality (AR) bukan sekadar untuk permainan mudah-alih semata-mata. Malah ketika ini, teknologi ini mula digunakan untuk pelbagai bidang dari  kesihatan ke  Pendidikan hingga ke bidang pembinaan. Sekarang AR boleh digunakan untuk pemasaran dan ia mampu merevolusikan pemasaran digital dan cara para peniaga memasarkan produk/servis mereka selari dengan Wawasan 2020.

5 SEBAB UTAMA KENAPA AR ADALAH TEKNOLOGI “MESTI ADA” DALAM MEMASARKAN PRODUK/SERVIS ANDA SEKARANG

SEBAB #1:  KOS EFFEKTIF

Setiap hari peniaga akan mencari pelbagai jalan terbaik untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan demi mendapatkan keuntungan yang optimum. Teknologi AR mampu menjimatkan kos pemasaran peniaga. Ini kerana walaupun dengan kewujudan iklan digital seperti Instagram Ads dan FB Ads, masih ramai peniaga bergantung kepada iklan tradisional yang bercetak walaupun kos semakin hari semakin tinggi.

Sebagai contoh, satu muka penuh iklan surat khabar boleh mencecah RM 50,000 hingga RM100,000 dengan hanpir tiada jaminan para peniaga akan mendapat pulangan pelaburan atau Return of Investment (ROI) hasil dari perbelanjaan mereka.

Semua itu berubah dengan teknologi AR dimana iklan mengunakan AR adalah lebih murah dan jauh lebih menarik daripada iklan bercetak. Sebagai  contoh, harga untuk iklan AR bergantung kepada kualiti kandungan AR dimana kos  kandungan AR yang ringkas mampu mencecah hingga RM 5,000 dan kos kandungan AR yang kompleks mampu mencecah RM 10,000 hingga RM 20,000.

Untuk bidang pengiklanan, jenis AR yang sesuai digunakan untuk iklan AR adalah AR berdasarkan penanda atau marker dan AR berdasarkan lokasi.  Ini cara optimum untuk menghasilkan iklan AR.

  • Iklan AR berdasarkan penanda adalah iklan dimana ia memerlukan “marker” yang boleh terdiri daripada gambar samada dalam bentuk bercetak atau digital yang pengguna akan imbas dengan telefon pintar mereka untuk melihat kandungan AR.
  • Iklan AR berdasarkan lokasi adalah iklan yang tidak memerlukan penanda atau marker tetapi mengunakan lokasi pengguna (dengan bantuan GPS) untuk memaparkan kandungan AR.

Oleh itu, kempen pemasaran mengunakan iklan AR adalah lebih murah dan kos effective berbanding iklan di surat khabar atau majalah terkemuka. Tambahan pula, memandangkan kandungan AR berbetuk digital, ianya boleh diolah kembali dan diubah untuk kempen pemasaran masa hadapan.

SEBAB #2: MAMPU MENGABUNGKAN PEMASARAN OFFLINE KE PEMASARAN DIGITAL. 

Selain dari menjimatkan kos, iklan Augmented Reality (AR) mampu mengabungkan pemasaran offline dengan pemasaran digital. Ini dapat dilakukan dengan meletakkan sambungan ke akaun mereka di platform media sosial.

Antara faedah dengan meletakan sambungan ke media sosial dalam iklan AR adalah pengguna dapat melihat dan membaca kandungan pemasaran yang berada di media sosial walaupun menggunakan risalah selain dapat mengelakkan pengguna membuang risalah anda. Hal ini menjadikan risalah anda mempunyai satu nilai tambah yang menarik dan dapat mengelakkan risalah anda dibuang begitu sahaja.

Selain itu, iklan AR menjimatkan masa peniaga dalam merangka strategi pemasaran kerana sebelum ini peniaga perlu merangka dua startegi pemasaran yang berbeza, iaitu pemasaran secara offline dan pemasaran digital. Ini mengambil masa lama dan kos yang tinggi. Dengan Iklan AR, peniaga dapat memberi lebih perhatian kepada perniagaan dan cara menjana keuntungan.

Disamping itu, dengan mengabungkan pemasaran offline dengan pemasaran online melalui iklan AR, peniaga bukan sahaja dapat mengetahui prestasi pemasaran online, bahkan peniaga boleh memantau pemasaran offline. Ini dapat dilakukan dengan salah satu caranya adalah jumlah orang mengimbas risalah yang mempunyai iklan AR.

SEBAB #3: CORONG ATAU “FUNNEL” PEMASARAN YANG PADU

Iklan AR mampu menjadi salah satu corong atau “funnel” pemasaran yang padu untuk peniaga dalam memasarkan produk/servis mereka. Corong pemasaran adalah satu teknik menukarkan bakal pelanggan kepada pembeli dengan mempengaruhi mereka di setiap peringkat. Setiap peringkat menggunakan medium pemasaran yang berbeza.

Antara medium pemasaran yang selalu digunakan peniaga adalah bahan pemasaran bercetak seperti risalah, brosur, banting dan lain-lain. Medium ini sesuai diintegrasikan dengan iklan AR terutama untuk jenis AR berdasarkan penanda (marker-based AR).

Faedahnya adalah ia mampu mempengaruhi minda bakal pelanggan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk/servis anda. Ini sangat penting kerana anda ingin bakal pelanggan anda tahu mengenai produk/servis anda sediakan dan terpengaruh dengan iklan AR anda sehingga ke  peringkat pengguna membeli produk/servis.

SEBAB #4: IKLAN OFFLINE YANG BOLEH DIPANTAU PRESTASINYA.

Antara kekurangan iklan bercetak adalah agak sukar untuk memantau prestasi iklan tersebut. Ini kerana iklan bercetak tidak mempunyai alat yang mampu merekod prestasi iklan secara real-time berbanding iklan berbentuk digital.

Dengan mengaplikasikan AR dalam iklan bercetak anda, iklan tersebut dapat dipantau prestasinya melalui alat yakni aplikasi AR yang digunakan untuk mengimbas iklan bercetak tersebut. Antara kriteria yang digunakan untuk memantau iklan AR adalah jumlah imbasan, kawasan dimana imbasan iklan dilakukan, jumlah orang berinteraksi dengan iklan AR dan banyak lagi secara real-time.

Ini dapat membantu peniaga dalam menentukan prestasi iklan dan melakukan langkah-langkah mengoptimunkan prestasi iklan supaya mampu memberi pulangan pelaburan atau Return of Investment (ROI) yang padu.

SEBAB #5: HUBUNGAN EMOSI DENGAN IKLAN ANDA

Antara kelebihan dengan iklan AR adalah peniaga mampu membantu  mencipta hubungan emosi tertentu dengan pelanggan. Tidak seperti imej atau sepanduk, sebagai contoh, iklan AR adalah interaktif dan memberi peluang untuk pengguna dapat melihat dan berinteraksi dengan  kandungan AR itu.

Bayangkan, sebagai contoh, terdapat satu papan iklan dimana pengguna jalan raya dapat mengimbas papan iklan tersebut dan dapat menonton treler filem terbaru di skrin telefon pintar mereka. Mana antara kedua-dua strategi (billboard atau iklan AR) yang manakah yang akan mendorong lebih banyak minat? Tidak syak lagi, kebanyakan pelanggan akan memilih iklan AR.

Berinteraksi dengan iklan AR, pengguna merasa seperti mereka sedang berada di dalam permainan video yang menarik. Ini membina hubungan emosi dengan pelanggan, menggalakkan mereka membuat pembelian. Orang ramai mengingati jenama yang mempunyai ulasan positif, jadi iklan AR adalah  sempurna bukan sahaja untuk mempromosikan jualan, tetapi juga untuk membina reputasi syarikat.

https://www.youtube.com/watch?v=h2Jg8ryVk1k

Augmented Reality – Masa Lepas, Sekarang dan Masa Hadapan

Teknologi Augmented Reality yang pada suatu ketika merupakan hanya sebuah konsep fiksyen sains, namun pada hari ini merupakan suatu teknologi yang mampu memberi manfaat kepada manusia dalam pelbagai bidang. Hari ini, teknologi Augmented Reality hampir terdapat di semua telefon pintar dan computer di seluruh dunia, malah teknologi ini juga diuwar-uwarkan sebagai antara  teknologi untuk Revolusi Perindustrian 4.0.

Oleh itu, terdapat satu persoalan yang perlu dirungkai, bagaimana teknologi ini yang asalnya satu konsep fiksyen sains mampu berkembang menjadi satu realiti pada hari ini dan apa masa depan teknologi ini. Dalam artikel ini, kami akan mengupas lebih  lanjut. Sebelum itu, pengenalan ringkas mengenai Augmented Reality dimana ia merupakan satu teknologi yang mampu “menghidupkan” sebarang bahan bercetak dengan memasukkan maklumat digital dan dapat dilihat dengan mengunakan telefon pintar.

SEJARAH RINGKAS TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (AR)

Asal usul teknologi Augmented Reality bermula dengan tercipta  satu alat yang dinamakan “Sensorama” oleh cinematographer bernama Morton Heilig pada tahun 1957. Alat ini mampu memberikan visual, bunyi, getaran dan bau kepada penonton. Alat ini tidak sama seperti komputer masa kini namun ia merupakan satu percubaan untuk menambah data kepada pengalaman, yakni salah satu ciri utama Augmented Reality itu sendiri.

Gambar diatas menunjukkan alat “Sensorama” oleh Morton Heilig pada tahun 1957.

Kemudian, pada tahun 1968, seorang saintis komputer bernama Ivan Sutherland mencipta satu alat paparan yang dipasang pada kepala, berfungsi sebagai satu tingkap ke dunia maya. Namun, alat ini terlalu jauh kehadapan berbanding teknologi yang ada pada ketika itu, maka penemuan ini tidak praktikal untuk digunakan secara meluas.

Namun, pada masa ini terma “Augmented Reality” tidak wujud lagi, malah terma ini hanya wujud pada tahun 1990 apabila penyelidik dari Boeing, syarikat yang menghasilkan kapal terbang mencipta ungkapan “Augmented Reality” itu.

Sistem AR yang pertama yang berfungsi dengan baik dibangunkan di Laboratorium Penyelidikan USAF Armstrong oleh Louis Rosenberg pada tahun 1992. Ini dipanggil “Virtual Fixtures” dan merupakan sistem robotik yang kompleks yang direka untuk mengimbangi kekurangan kuasa pemprosesan grafik berkelajuan tinggi 3D pada awal tahun 90-an.

TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY MASA KINI (MASA SEKARANG)

Augmented Reality (AR) dicapai melalui pelbagai inovasi teknologi, yakni komponen – komponen ini boleh berfungsi bersendirian atau memerlukan satu sama lain dengan tujuan untuk menjalankan kandungan Augmented Reality (AR). Ini termasuklah:

Komponen perkakasan am – pemproses, paparan, sensor dan peranti input. Biasanya telefon pintar mengandungi pemproses, paparan, pecutan, GPS, kamera, mikrofon dll dan mengandungi semua perkakasan yang diperlukan untuk menjadi peranti AR.

Paparan – sementara monitor sangat mampu memaparkan data AR ada sistem lain seperti sistem unjuran optik, paparan yang dipasang kepala, cermin mata, kanta sentuh, HUD (paparan kepala), paparan retina maya, EyeTap (peranti yang berubah sinar cahaya yang ditangkap dari alam sekitar dan menggantikannya dengan komputer yang dihasilkan), Reality Augmented Reality (SAR – yang menggunakan teknik unjuran biasa sebagai pengganti untuk paparan apa-apa jenis) dan paparan tangan.

Sensor dan peranti input – GPS, gyroscopes, accelerometers, compass, RFID, sensor tanpa wayar, pengenalan sentuhan, pengecaman pertuturan, pengesanan mata dan peranti.

Perisian – majoriti pembangunan untuk AR akan membangunkan perisian selanjutnya untuk memanfaatkan keupayaan perkakasan. Terdapat Bahasa Markup Reality (ARML) yang digunakan untuk menyeragamkan tatabahasa XML untuk realiti maya. Terdapat beberapa kit pembangunan perisian (SDK) yang juga menawarkan persekitaran yang mudah untuk pembangunan AR.

Terdapat aplikasi yang tersedia untuk atau sedang dikaji untuk AR dalam hampir setiap sektor industri termasuk:

  • Arkeologi, Seni, Senibina
  • Perdagangan, Pengiklanan
  • Pembinaan, Reka Bentuk Perindustrian
  • Pendidikan, Terjemahan
  • Pengurusan Kecemasan, Pemulihan Bencana, Perubatan dan Mencari dan Menyelamat
  • Permainan, Sukan, Hiburan, Pelancongan
  • Tentera
  • Navigasi

TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (MASA DEPAN)

Teknologi Augmented Reality (AR) mempunyai masa depan yang sangat cerah, memandangkan ia merupaan salah satu teknologi yang digunakan untuk Revolusi Industri 4.0. Selain itu, seiring dengan perkembangan teknologi, kita akan lihat peningkatan dalam penggunaan AR dalam pelbagai bidang, terutama sekali mengabungkan AR dengan Artificial Intelligent (AI).

Namun begitu, pada masa kini, AR sudah diaplikasikan dengan meluas terutama dalam platform media sosial, terutama pada Facebook dan Snapchat dengan “Face Filter” yang membolehkan pengguna berinteraksi dalam cara yang tidak dapat dibayangkan pada 20 tahun lepas.  Selain itu, AR mampu diaplikasikan dalam bidang kesihatan seperti digunakan dengan pesakit untuk memaparkan anatomi mereka, atau doktor boleh menggunakannya untuk mempunyai panduan semasa pembedahan yang ketepatan yang tinggi.

Walaupun penggunaan AR masih belum meluas, ia berkembang dengan pesat . Ini dibuktikan dengan syarikat ternama di dunia seperti Facebook telah membuat pelaburan berbillion ringgit dalam teknologi Augmented Reality (AR). Dengan perkembangan ini, AR pastinya akan mampu menjadi perkara besar seterusnya di masa hadapan.

Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai Augmented Reality dan kemampuannya, boleh hubungi Arleta di talian 0173424661 atau melalui Facebook di Arleta Malaysia.

BAGAIMANA AUGMENTED REALITY (AR) MEMBERIKAN IMPAK KEPADA SEKTOR PENERBANGAN

Meningkatkan pengalaman penumpang yang datang ke lapangan terbang adalah objektif utama bagi pihak lapangan terbang. Banyak kaedah baru yang sedang dibangunkan bagi membantu mengurangkan masa menunggu penumpang di lapangan terbang. Salah satu kaedah baru yang boleh diaplikasikan di lapangan terbang ialah dengan menggunakan teknologi Augmented Reality

Apabila bercakap mengenai teknologi Augmented Reality, mungkin tanggapan pertama kita mesti menganggap teknologi ini sangat leceh atau susah untuk digunakan walhal teknologi ini mampu membantu pengguna mendapatkan sesuatu maklumat atau memberikan navigasi ke sesuatu tempat yang ingin ditujui semasa berada di lapangan terbang.

Untuk menggunakan teknologi Augmented Reality ini ke dalam kehidupan seharian, faktor yang perlu kita ambil kira adalah ianya mesti mudah digunakan oleh pengguna dan apa yang paling penting sekali kita perlu memastikan teknologi ini mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, penggunaan teknologi Augmented Reality perlulah dihubungkan melalui telefon pintar yang dimiliki pengguna untuk memudahkan mereka merasai pengalaman menggunakan teknologi Augmented Reality ini.

Penggunaan teknologi Augmented Reality ini adalah cara yang sama dilakukan oleh Niantic iaitu pembangun permainan Pokemon Go dimana permainan ini dikuasakan dengan teknologi Augmented Reality. Jelas sekali permainan Pokemon Go ini mendapat banyak sambutan sehingga jutaan orang telah bermain permainan ini untuk memburu Pokemon melalui telefon pintar mereka.

Jadi, mengapa kita tidak menggunakan peluang ini untuk memanfaatkan teknologi Augmented Reality di dalam lapangan terbang ini dengan konsep yang sama seperti permainan Pokemon Go tetapi pada masa yang penggunaan AR Navigasi mampu membantu pengguna untuk mendapatkan sesuatu maklumat di lapangan terbang dengan mudah dan pengguna juga boleh mendapatkan sesuatu ganjaran atau hadiah apabila menggunakan aplikasi Augmented Reality di dalam lapangan terbang contohnya seperti bermain “mini games” bagi mengisi masa terluang sambil mereka menunggu.

Untuk meningkatkan pengalaman pengguna yang berada di lapangan terbang, ianya melibatkan banyak faktor yang perlu disesuaikan. Jadi, untuk melakukan ini, aplikasi Augmented Reality yang terdapat di telefon pintar pengguna mampu menjadi satu alat panduan navigasi yang menunjukkan arah ke tempat – tempat tertentu di dalam lapangan terbang mengikut keutamaan pengguna tersebut.

Bagaimana aplikasi Augmented Reality tersebut mampu membantu pengguna dalam memberi penunjuk arah atau navigasi ke sesuatu tempat? Contohnya, apabila pengguna mengguna aplikasi AR di lapangan terbang, mereka boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai waktu pelepasan penerbangan mereka.

Selain itu, apabila pengguna ingin mencari sesuatu kedai atau lokasi kedai makan, pakaian, tandas atau sebaliknya, aplikasi AR ini akan membawa pengguna tersebut ke tempat yang ditujui dengan cepat & mudah difahami. Tambahan lagi, aplikasi AR ini bukan sahaja mampu menunjukkan arah atau navigasi kepada pengguna, tetapi ianya juga mampu memberikan informasi tambahan pada setiap tempat yang ditujui pengguna di lapangan terbang seperti promosi terkini & sebagainya.

Kesimpulannya, penggunaan teknologi Augmented Reality ini mampu memberikan impak yang positif kepada lapangan terbang terutama pengguna yang mengunjung ke lapangan terbang tersebut. Ianya bukan sahaja memudahkan pengguna yang berada di lapangan terbang malah ianya juga membantu perniagaan – perniagaan lain yang berada di dalam lapangan terbang untuk mempromosikan sesuatu produk atau servis terkini mereka dengan cara baru iaitu dengan menggunakan teknologi Augmented Reality.

Jika tuan puan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penggunaan Augmented Reality di dalam lapangan terbang tuan/puan boleh menghubungi kami melalui email kami marketing@arleta.my ataupun hubungi kami di talian 0173424661.

BAGAIMANA AUGMENTED REALITY (AR) MEMBERIKAN IMPAK KEPADA INDUSTRI PENGIKLANAN

Pada masa kini, trend penggunaan teknologi Augmented Reality ke atas platform pengiklanan mampu memberikan impak yang amat besar kepada semua industri yang melaksanakannya. Teknologi Augmented Reality ini amat berpotensi untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan strategi pemasaran anda pada bahan pengiklanan yang digunakan.

Penggunaan teknologi Augmented Reality di dalam pengiklanan amat membantu kepada semua industri perniagaan dalam mengembangkan jenama atau perkhidmatan mereka. Imej tiga dimensi dalam persekitaran dunia sebenar memberikan satu keupayaan yang unik & interaktif kepada industri pengiklanan. Antara kelebihan AR kepada industri pengiklanan adalah membantu pengguna untuk mendapatkan maklumat ekstra & mengingati mesej yang disampaikan melalui iklan yang mengandungi AR.

https://www.youtube.com/watch?v=3kZcTvNsT0Y

Pengiklanan AR memberikan pengguna pengalaman yang lebih mendalam & menyeronokkan semasa pengguna berinteraksi dengan maklumat yang dikeluarkan iklan tersebut dalam bentuk digital.

Pendekatan ini adalah sangat sesuai kerana pengguna boleh berinteraksi dengan iklan AR tersebut dengan hanya mengakses dari kamera telefon pintar mereka. Oleh itu, faktor dari segi pengalaman pengguna amat di ambil kira dan mereka akan merasakan produk anda lebih eksklusif dengan adanya teknologi Augmented Reality.

Augmented Reality (AR) di dalam Pengiklanan memberi kelebihan kepada pemilik jenama atau pemilik perniagaan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau promosi tentang produk mereka hanya melalui telefon pintar pengguna. Oleh itu, dengan menggunakan teknik baru iaitu alat pemasaran yang menggunakan AR ini dapat menarik pelanggan yang berpotensi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda.

Ramai yang menganggap bahawa teknologi Augmented Reality sama dengan teknologi digital yang lain, kerana ia menggunakan telefon pintar sebagai platform untuk memberikan pengguna pengalaman yang luar biasa. Tetapi, apa yang membezakan teknologi AR ini dengan teknologi digital yang lain ialah ciri-ciri yang terdapat pada Augmented Reality yang menjadikan ianya berbeza.

Teknologi Augmented Reality telah mencipta ruang baru kepada pelabur untuk merealisasikan idea mereka hanya melalui pengiklanan Augmented reality ke dalam kempen pemasaran. Apa yang paling penting sekali, anda perlulah memahami bagaimana teknologi ini mampu memberi kesesuaian mengikut objektif pengiklanan perniagaan anda

Antara perkara yang paling menarik sekali untuk mendapatkan pengalaman menggunakan AR di dalam Pengiklanan Augmented Reality adalah ianya menawarkan persekitaran digital kepada pengguna dan meletakkan mereka ke persekitaran yang baru semasa berinteraksi dengan iklan AR tersebut.

Jenama besar yang menggunakan Augmented Reality memberikan pengguna merasai pengalaman yang positif dan menggalakkan berlakunya proses penglibatan atau interaksi yang berterusan kepada iklan mereka yang mengandungi AR.

Apabila kita bercakap mengenai jenama dan pengiklan, mereka adalah pihak yang akan memberikan pengguna pengalaman baru dalam menggunakan teknologi ini serta mampu mengubah keputusan yang akan dibuat oleh pengguna sendiri dalam proses membeli produk atau servis mereka.

Oleh itu, penggunaan teknologi Augmented Reality di dalam pengiklanan memberikan impak yang sangat positif apabila dibandingkan dengan media pengiklanan tradisonal yang tidak menggunakan Augmented Reality.

Jika tuan puan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penggunaan Augmented Reality di dalam Media Pengiklanan tuan/puan boleh menghubungi kami melalui email kami marketing@arleta.my ataupun hubungi kami di talian 0173424661.

Augmented Reality (AR) untuk Pameran (Part 2)

Bagaimana melaksanakan AR dengan Jayanya pada Pameran Anda Seterusnya.

Kami di ARLETA sangat suka tentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan AR. Hal ini dibuktikan dengan kami selalu membuat hebahan di pelbagai saluran media dan platform, bercerita mengenai kelebihan AR dan kegunaannya.

Walaupun betul teknologi AR ini mempunyai potensi besar dari kegunaannya, tetapi kebanyakkan orang tidak peduli sangat tentang AR samata-mata. Tetapi apa  mereka mahukan adalah pengalaman yang mendalam, berguna dan menyeronokkan apabila mereka berinteraksi dengan kandungan AR.

Langkah pertama untuk mengaplikasikan AR dalam pameran adalah anda perlu ingat bahawa kandungan AR yang terbaik adalah kandungan yang mengikut teknik “Tiga C”. Ini kerana tanpa mengikut teknik ini, maka kandungan AR anda mungkin tidak menarik minat pengunjung kerana tidak relevan dengan mereka.

Kami ada mengupas secara mendalam mengenai “Tiga C” di dalam artikel ini: https://arleta.my/2019/08/06/bagaimana-membuat-kempen-augmented-reality-ar-yang-berjaya/  Boleh baca lanjut artikel tersebut tetapi ringkasannya dibawah adalah:

a) Context, Call to Action (CTA) & Content

Ringkasnya, Context yang di sediakan haruslah mampu menarik minat orang ramai untuk menghalakan telefon pintar mereka ke arah produk atau tempat yang mempunyai kandungan AR tersebut.

Bila ingin membuat “Context”, kita perlu membayangkan dan meletakkan diri kita sebagai pengguna yang akan berinteraksi dengan kandungan AR tersebut. Ini akan membolehkan kita lebih memahami dan tahu apa yang perlu kita lakukan sebagai pembuat kandungan AR.

Perkara yang perlu di ambil kira untuk menghasilkan context yang bagus adalah kita perlu mengkaji tempat, masa dan cara bagaimana pengguna akan berinteraksi dengan kandungan AR kita.

Manakala, Kita perlu mempunyai satu Call to Action yang sangat jelas. Ini kerana tanpa arahan dan sebab yang jelas dalam “Call to Action” kita, ia akan membuatkan orang ramai tidak mengimbas kandungan AR kita.  

Sebagai contoh,kita perlu sangat jelas dalam memberitahu orang ramai bahawa mereka perlu memuat turun aplikasi dan menghalakan telefon pintar mereka pada gambar, wajah atau lokasi untuk mereka merasai pengalaman Augmented Reality. Jika tiada arahan yang jelas ini akan membuatkan orang ramai tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Teknik ketiga adalah Content. Kita perlu memastikan kandungan AR yang hendak disampaikan adalah sebuah kandungan yang boleh membuatkan orang ramai berasa teruja. Jangan sesekali membuat kandungan AR yang pengguna boleh mendapatkannya dengan hanya melihat di YouTube, Website atau pun ada di dalam aplikasi kita.

b) Senarai Semak AR untuk Pameran

Kedua, anda perlu mempunyai satu senarai semak AR untuk pameran anda. Anda boleh ikut senarai semak dibawah.

  • Bagaimana pengalaman ini menambah nilai kepada pengguna masa di acara kami?
  • Bagaimana pengguna mendapat ganjaran apabila berinteraksi  dengan pengalaman/kandungan AR yang anda cipta?
  • Adakah staf anda celik IT dan bersedia untuk menggunakan pengalaman, untuk menyelesaikan masalah dan membimbing peserta-peserta jika diperlukan?
  • Memang pengalaman yang benar-benar mendapat manfaat daripada AR – ia akan hidup dengan cara yang sama pada laman web mudah alih atau dalam aplikasi?
  • Apakah tujuan pengalaman dan ia direka untuk penonton anda cuba untuk melibatkan diri?
  • Apakah jenis data anda ingin dapat (jika ada)?

3 Cara Anda boleh menggunakan Augmented Reality (AR) pada pameran.

Anda tahu mengetahui tentang kelebihan AR tapi perlu sedikit lagi inspirasi?. Jangan risau kerana kami mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam menghasilkan kandungan AR, jadi disini ada beberapa cadangan yang boleh membantu anda dalam mengaplikasikan AR dalam pameran anda akan datang.

1) Cenderamata Interaktif

Di pameran, hampir semua pempamer memberi cenderamata percuma, jadi apa salahnya untuk memberi kepada pengunjung sesuatu yang lebih menyeronokkan. Dengan AR, anda boleh mengubah apa sahaja bentuk cenderamata dari kad hingga cincin kekunci (key ring) kepada sebuah kandungan AR. Kandungan AR boleh jadi seperti sebuah portal AR yang memberi maklumat navigasi,kandungan video dan pautan ke media sosial untuk akses pengunjung. Ianya cara mudah dan ringkas untuk menambah nilai pada cenderamata di samping mengumpul maklumat pengunjung dengan cara yang tidak invasif.

2) Permainan Harta Karun Augmented Reality (AR)

Merubah tempat pameran kepada padang permainan digital tidak susah dan huru-hara seperti yang selalu disangka. Permainan harta karun di pameran adalah cara terbaik untuk membina kandungan yang interaktif ke dalam perjalanan pengunjung dalam pameran anda.

Oleh itu, langkah terbaik untuk memastikan jenama anda diingati adalah meminta pengunjung belajar tentang jenama/servis anda salah satu tahap dalam permainan harta karun AR. Dari segi perspektif pihak penganjur acara – satu lagi nilai tambah bagi pempamer, membolehkan para pengunjung untuk meneroka aras-aras pameran tanpa memerlukan penunjuk arah pameran yang tradisional.. Antara penggunaan ruang yang amat berkesan dengan AR  ialah menggunakan pelekat lantai, dimana apabila diimbas, ia mengaktifkan video yang menerangkan siapa pempamer yang terlibat dan info berguna tentang pameran

3) Pintu Masuk Pameran AR

Satu cara inovatif untuk mengintegrasikan AR ke dalam ruang pameran anda adalah untuk mengubah pintu masuk ke pameran anda menjadi satu alat pengangkutan. Dengan pintu masuk pameran AR, pengguna boleh menerokai seluruh dunia yang baru hanya dengan melangkah ke hadapan.

Sebagai contoh, jika anda ingin bercerita tentang sejarah jenama anda, anda boleh paprkan perjalanan jenama anda dari penubuhan jenama anda  hingga masa kini. Ataupun, anda boleh bercerita tentang proses penghasilan produk anda bermula dari pemilihan bahan mentah hingga produk anda dipasarkan ke kedai atau pasaraya. – pilihan jalan cerita dengan AR sangat luas. 

Augmented Reality (AR) untuk Pameran (Part 1)

4 Sebab Utama Augmented Reality (AR) wajib dilaksanakan.

Teknologi Augmented Reality (AR) mampu memberi impak hebat dalam pameran. Ini kerana reputasi AR itu yang mampu memberi satu platform kepada pengguna untuk merasai  pengalaman yang menyeronokkan dan mendalam. Ini merupakan satu nilai tambah yang sangat bernilai terutama jika digunakan semasa dalam pameran –  dan ini juga sebab utama pemain industri selalu memberi tahu anda untuk mengunakan AR dalam pameran.

Saranan mereka itu sangat tepat kerana kandungan AR itu, jika dihasilkan dengan mengunakan teknik 3C, ia  boleh memberi satu impak yang hebat dan memberi peluang kepada pengguna, satu cara berinteraksi yang lebih menyeronokkan. 

Namun, bagaimana AR mampu memberi satu pengalaman menyeronokkan kepada pengunjung pameran? Bagaimana AR mampu memberi nilai tambah terutamanya untuk pameran? Dan adakah peniaga berbaloi untuk melabur tenaga kreatif dan wang untuk melaksanakan AR dalam pameran secara teratur? Ini antara 4 sebab utama AR wajib dilaksanakan dalam pameran.

Perhatian sangat Bernilai

Menyertai sesebuah pameran merupakan satu perkara yang sangat penting bagi peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan. Ini kerana pameran bertindak sebagai satu platform kepada peniaga untuk memperkenalkan identiti jenama, personaliti pasukan dan fungsi produk dan servis – kepada pelanggan yang berpotensi dan media massa.

Jadi, apa yang perlu kita fokuskan bila kita mahu pameran yang kita sertai membawa kejayaan?. Maltlamat utama kebanyakkan yang menyertai pameran adalah untuk memastikan pengunjung pameran berinterasi dengan jenama anda dengan berada di ruang pameran anda selama mana yang mungkin.

Ini kerana kita mahu menarik perhatian pengunjung, meningkatkan memori pengunjung terhadap jenama anda dan meningkatkan masa pengunjung di ruang pameran anda . Ini dapat dilakukan melalui kandungan yang pengunjung boleh berinteraksi walaupun selepas mengunjungi pameran.

Ini sangat penting kerana kos untuk menyertai sesebuah pameran meningkat setiap tahun dan tiada tanda-tanda ianya akan turun dalam masa terdekat. Oleh itu, peniaga mahu memastikan penyertaan syarikat dalam sesebuah pameran memberi pulangan atau ROI (return of investment) yang positif. Inilah di mana Augmented Reality (AR) mampu membantu peniaga.

AR sebagai Magnet Tarikan Pengunjung

Kelebihan utama AR adalah ia mampu menjadikan ruang pameran anda sebagai tarikan atau tumpuan utama pengunjung di pameran tersebut dengan menghasilkan kandungan AR yang sangat menarik dan bila berinteraksi dengan kandungan AR tersebut, satu pengalaman sangat menyeronokkan. Hal ini sangat penting kerana tiada pengunjung akan singgah di ruang pameran yang kosong. Tambahan pula, pihak media seperti wartawan kebiasaannya hanya akan singgah di ruang pameran anda jika meriah dengan pengunjung mencuba aktiviti yang menyeronokan .

Secara langsung, ia membuka satu jalan dimana pengunjung  dapat meneroka dan mengenali jenama dan produk anda dengan lebih interaktif mengikut kemampuan mereka. Apa yang hendak ditegaskan adalah “Lebih menyeronokan, kurang bercerita mengenai jualan”.

Pengalaman Lebih Bermakna Dengan Penjimatan Yang Gergasi

Dengan mengunapakai Augmented Reality (AR) dalam ruang pameran, pihak pempamer tidak perlu membawa peralatan yang bersaiz besar ke dalam ruang pameran, sekaligus membolehkan pihak pempamer menjimatkan ruang pameran yang terhad, lalu menjimatkan kos.

Sebagai contoh, Zappar dengan kerjasama syarikat Accuray, pembekal peralatan hospital,  telah bekerjasama dalam menghasilkan satu replika mesin MRI untuk kegunaan di ruang pameran mereka dimana pengunjung dapat melihat replika itu “beroperasi” apabila mengimbas replika tersebut.

Malah, mereka juga telah menghasilkan versi replika mesin mudah-alih dimana pengunjung boleh membawa balik replika tersebut dan mengimbas replika tersebut dengan bentuk 3D yang interaktif di rumah mereka. Ini merupakan satu pengalaman AR yang sangat berkualiti bersaiz telapak tangan mereka berbanding mesin sebenar yang bersaiz sebuah lori.

Kurang Halangan Permulaan.

Masa kini, hampir semua jenama telefon pintar mampu menjalankan kandungan AR dengan lancar dan hampir 70% pengguna telefon pintar aktif mengunakan telefon pintar di pameran dan perhimpunan sosial.  Ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan dimana pihak pempamer hanya perlu mengunakan CTA (Call To Action) untuk menarik pengunjung menggunakan telefon pintar mereka untuk mengimbas dan melihat kandungan AR yang disediakan.

Teknik Terkini yang Mampu Meningkatkan Kuasa Pemasaran Anda 200%

Umum ketahui bahawa keadaan persaingan di pasaran pendidikan ketika ini sama ada di peringkat antarabangsa mahupun global adalah sangat kompetitif dan berdaya saing. Universiti awam mahupun swasta dilihat semakin sedar akan pentingnya untuk mereka memastikan bahawa teknik pemasaran mereka berkesan selaras dengan arus pemodenan masa  kini.

Augmented Reality [AR] berupaya menjadikan kempen marketing anda ‘stand out’ atau menyerlah berbanding pesaing lain

Namun demikian, kesedaran masih tidak cukup tanpa sokongan maklumat yang boleh memastikan keberkesanan pemasaran mereka berjaya. Oleh itu, pada permulaan ini, pihak universiti harus mengetahui langkah terbaik bagi memastikan kelansungan kejayaaan dalam penggunaan teknologi tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=Qkqvhtnyhtw

Kandungan Interaktif

Hampir setiap hari pengguna di Malaysia secara amnya terdedah dengan pelbagai maklumat dan informasi, menyebabkan mereka kurang berupaya untuk memproses dan mengekalkan fokus terhadap sesuatu maklumat. Justeru, pentingnya teknik pemasaran untuk kelihatan lebih interaktif sekaligus mampu menarik serta mengekalkan fokus pengguna.

Hal ini demikian kerana kadar pengekalan fokus secara puratanya untuk seorang pengguna ialah 10 saat. Maksud di sini ialah hanya 10 saat sahaja diperlukan oleh seorang pengguna untuk memproses kandungan tersebut, sama ada berbaloi untuk dihadam atau sebaliknya. ‘Augmented Reality’, video dan visual infografik antara contoh terbaik dalam aspek ini.

Medium atau jenis-jenis media ini mampu menarik perhatian pengguna kerana ciri-cirinya yang mempunyai faktor yang ‘wow’.

https://www.youtube.com/watch?v=8NNYgCks72I

‘Storyline’ yang Padu

Kandungan kempen pemasaran yang padu dan jitu seharusnya memiliki ‘storyline’ atau jalan cerita yang mampu memancing minat pengguna untuk mengetahui kandungan pemasaran tersebut dengan lebih lanjut dan mendalam.

Hal ini kerana, kandungan yang berbentuk ‘storyline’ lebih mampu membuatkan pengguna merasai dengan lebih mendalam pengalaman yang ditonjolkan . Sebagai contoh, kandungan yang menggunakan teknologi ‘Augmented Reality’ mampu memaparkan visual yang berbentuk ‘storyline’ kerana ciri-cirinya yang hampir tiada limitasi dari segi penggubahan bentuk kandungan dan mempunyai kemampuan untuk menghasilkan pelbagai bentuk visual yang mampu memukau perhatian pengguna.

‘Call to Action’ yang Jelas

Tidak kira dalam apa jua bentuk teknik pemasaran yang anda lakukan, harus diingatkan bahawa pengguna atau pelanggan berpotensi anda perlu faham apa yang cuba disampaikan oleh kandungan pemasaran anda dan jelas dengan tindakan yang seharusnya mereka lakukan setelah selesai menghadam kandungan pemasaran terebut.

Ini bertujuan untuk membolehkan pengguna bertindak balas terhadap kandungan anda serta tidak ‘lost’ dalam memahami langkah sewajarnya dilakukan setelah faham akan kandungan pemasaran anda. Ruang pertanyaan soalan, pengisian maklumat peribadi atau link ke kandungan lain antara contoh ‘call to action’ yang berkesan.

3 CARA BAGAIMANA AUGMENTED REALITY MAMPU MEMBANTU JURUJUAL KERETA

Teknologi Augmented Reality mampu memberikan impak yang positif kepada industri Automotif, terutama kepada jurujual kereta.

Ini kerana teknologi Augmented Reality boleh menyampaikan maklumat produk dengan jauh lebih berkesan dan menarik. Perkara ini terjadi kerana kemampuan Augmented Reality yang boleh menghidupkan sebarang alat pemasaran yang bercetak.

Adakah anda salah seorang daripada jurujual kereta?

Jika ya, ini adalah artikel yang sangat sesuai untuk anda. Jadi kami akan kongsikan “3 Cara Bagaimana Augmented Reality Mampu Membantu Jurujual Kereta Untuk Membuat Pemasaran & Penjualan kereta”:

1. MEMBERI INFORMASI YANG LEBIH MUDAH KEPADA PELANGGAN

Augmented Reality mampu menyampaikan informasi dengan lebih unik & menarik kepada pelanggan. Alat pemasaran yang menggunakan teknologi AR akan membolehkan pengguna berinteraksi secara digital dengan informasi yang disampaikan. Di sebabkan itu pengguna akan lebih terpengaruh dengan informasi yang disampaikan menggunakan alat pemasaran tersebut.

Antara alat pemasaran yang sesuai digunakan bersama AR bagi tujuan penjualan kereta adalah brosur, risalah, katalog dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan alat pemasaran yang WAJIB ada di setiap bilik pameran kereta.

Seperti yang kita tahu, para pelanggan hari ini boleh mendapatkan maklumat hanya melalui atas talian dan semua ini dihujung jari sahaja. Tetapi mereka tetap memerlukan sesuatu yang bercetak untuk dirujuk ketika melawat bilik pameran.

Jadi ini menyebabkan penggunaan AR bersama alat pemasaran merupakan satu taktik yang cukup sempurna dalam penyampaian informasi.

2. MEDIUM YANG MENGHUBUNGKAN ALAT PEMASARAN OFFLINE KEPADA ONLINE

Penggunaan Augmented Reality juga mampu menghubungkan alat pemasaran (offline) sedia ada menjadi alat pemasaran digital (online), di mana ianya memberi pengalaman baru kepada pelanggan anda.

Dengan Augmented Reality, kini pelanggan anda boleh mencuba & melihat kereta yang ingin dibeli dalam bentuk 3D model.

Selain itu, penggunaan aplikasi Augmented Reality pada alat pemasaran sedia ada ini juga mampu memberikan kelebihan kepada jurujual untuk mendapatkan data pengguna secara online & lebih tepat

Ianya juga membolehkan jurujual untuk membuat kempen pemasaran yang berkesan semasa berada di luar kawasan bilik pameran seperti jerayawara (roadshow), pasaraya & sebagainya.

3. MEMUDAHKAN PROSES JUALAN & PROSES PEMBELIAN

Anda boleh memberi satu pengalaman baru kepada pelanggan anda dengan menggunakan Augmented Reality. Contohnya, jika sebelum ini pelanggan anda hanya melihat gambar kereta semata-mata, tetapi hari ini dengan penggunaan AR, gambar tersebut boleh dilihat dalam bentuk 3D Model.

Disamping itu, pelanggan anda boleh menukar warna kereta, sportrim & malah boleh melihat kereta tersebut seperti skala sebenar di ruang tempat kereta rumah mereka atau di mana-mana.

Hasil daripada pelanggan anda berinteraksi dengan iklan yang mengandungi AR, mereka akan mudah terpengaruh kerana berlakunya interaksi di antara pengguna dan alat pemasaran.

Proses ini memudahkan pengguna membuat keputusan untuk membeli. Ianya secara tidak langsung lebih memudahkan proses jualan anda sebagai jurujual kereta. 

https://www.youtube.com/watch?v=pAeenPO0g3c

Inovasi Pemasaran untuk Pembungkusan Produk menggunakan Augmented Reality (AR) – 5 manfaat yang mampu diperoleh.

1) Potensi penggunaan Augmented Reality untuk Pembungkusan Produk

 

Impak penggunaan teknologi Augmented Reality (AR) pada pembungkusan tidak boleh lagi dipandang remeh. Pembungkusan produk masa kini hanya wujud dalam keadaan pasif – hanya direka untuk nampak cantik pada rak pembelian, tetapi sejurus sahaja berlaku pembelian, ia hanya dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah

Memandangkan perbelanjaan yang diperuntukan untuk menghasilkan pembungkusan produk menarik adalah tinggi , maka adalah wajar pembungkusan produk ini wajar diberi perhatian lanjut.

https://www.youtube.com/watch?v=-A3KFNulW4w

Antara produk Malaysia yang menggunakan teknologi AR  adalah Santan S & P, dimana ia mempamerkan bagaimana AR boleh meningkatkan nilai tambah pada pembungkusan produk dengan cara meningkatkan interaksi pengguna dengan produk Santan S & P tersebut.

Melalui imbasan pada bungkusan produk Santan S&P dengan mengunakan telefon pintar, ia memaparkan kandungan Augmented Reality (AR) seperti 3D Model Buku Resepi masakan dan video masakan.

2) Pembungkusan AR untuk meningkatkan jualan & membina kesetiaan kepada jenama.

Salah satu manfaat tentang pembungkusan yang menggunakan Augmented Reality (AR) adalah kandungan AR mudah direka dan boleh dihasilkan mengikut matlamat pemasaran yang hendak dicapai dalam cara yang paling interaktif.

Salah satu contoh adalah produk mainan PEZ Eropah, dimana bungkusannya yang memaparkan kandungan AR karekter Rovio Angry Birds.

Matlamat utama mereka adalah menggunakan bungkusan mainan PEZ Eropah yang mengandungi kandungan AR Rovio Angry Birds untuk  menarik minat mereka bermain dengan produk mainan PEZ Eropah dengan lebih lama selepas membelinya. Secara tidak langsung, ia mampu menanam sifat kesetiaan pada jenama PEZ Eropah pada diri kanak-kanak.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=20&v=jsD4mdHTYL4

Hasilnya, kandungan AR pada pembugkusan PEZ Eropah telah diimbas lebih 800,000 kali daripada 250,000 aplikasi muat turun, dengan pengguna yang mengunakan secara purata tiga minit dalam aplikasi ini.

3) Jalan Penceritaan Jenama yang Lebih Baik dan Kekal di Minda Pelanggan

AR pada asasnya dapat menghasilkan satu cara penceritaan jenama alaf baru – dengan menambah lapisan kandungan interaktif kepada dunia di sekeliling kita yang mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan diri pengguna dan menangkap imaginasi mereka.

Agensi AR FlyAR adalah satu contoh dimana melalui kerjasama dengan Stora Enso di Finland.

Mereka menggunakan AR untuk mencipta sebuah perjalanan yang interaktif untuk produk mereka, bermula pada penghasilan produk dan penggunaan  sumber bahan yang berterusan – Jom lihat video dibawah apa yang dapat dicapai.

https://www.youtube.com/watch?v=AR7xIoEVxmc

4) Untuk Mengetahui Lanjut mengenai Pelanggan Anda – AR, Data dan Perangai Pelanggan

Elemen yang menarik terutama berkaitan pembungkusan yang menggunakan AR adalah tahap capaian data yang boleh diperolehi mengenai kelakuan pelanggan selepas pembelian dan bagaimana ia boleh digunakan untuk mengumpul lebih banyak jenis data lain yang penting.

Antara contoh menarik yang mengaplikasikan AR untuk pengumpulan data pelanggan adalah Fanta.

Fanta melalui kempen pemasarannya yang terkini, menggunakan AR “Face Filter” ke dalam kempen influencer mereka, lalu mencipta respon yang di mana pengguna digalakkan untuk berkongsi kandungan terus ke saluran media sosial mereka, yang meningkatkan kesedaran tentang kempen pemasaran dan meningkatkan kadar pembelian.

Kandungan AR yang dihasilkan juga membina tahap keselesaan kepada pengguna untuk berkongsi data-data penting secara langsung melalui peranti mereka sendiri. Hal ini sangat memberi faedah besar pada Fanta pada kempen pemasaran akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=FaNtoxc-_Ww

5) Membina kempen pembungkusan AR yang interaktif dengan Tiga C’s

Jadi setelah mengambil kesempatan sepenuhnya pada pembungkusan menggunakan AR,  bagaimana kita boleh membuat pengalaman mengalami AR ini benar-benar berharga? Seperti anda bayangkan, sebagai orang yang selalu mengahasilkan kandungan AR, kami sangat teruja tentang AR. Tapi perlu diingat bahawa teknologi sahaja tidak mampu menarik perhatian pelanggan.

Pendekatan kami  adalah ‘tiga C’  untuk perniagaan. Tiga “C” tersebut adalah “Context”, “Call to Action” dan “Context”.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang tiga “C” ini pada artikel kami ini: https://arleta.my/2019/08/06/bagaimana-membuat-kempen-augmented-reality-ar-yang-berjaya/

https://www.youtube.com/watch?v=cIywCwXzfP0

Rumusannya, Augmented Reality merupakan satu cara yang berkesan dan berpotensi dalam penyampaian maklumat. Ia sangat membantu dalam proses pemasaran dan jualan. Dengan erti kata lain ianya membuatkan proses “story telling” menjadi lebih menarik dan berkesan.

Ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan bahan cetakan yang mengandungi kandungan AR. Proses interaksi ini akan mempengaruhi pengguna dengan “storytelling” atau iklan yang di sampaikan.

Jika tuan/puan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Arleta dan Augmented Reality. Tuan/puan boleh menghubungi kami di email kami di marketing@arleta.my ataupun boleh hubungi kami di talian 0173424661.

Medium Pengiklanan Yang Sesuai Untuk Penggunaan Teknologi Augmented Reality (AR Table Live Advertising)

Sedar atau tidak bahawa meja makan yang anda gunakan di restoran, kafe dan  gerai makan pada hari ini bukan hanya  digunakan untuk tujuan menikmati juadah semata-mata. Tetapi ia juga boleh  menjadi medium untuk anda memasarkan produk/servis  anda serta boleh di jadikan medium untuk bermain permainan video komputer.

Ini kerana dengan daya kreativiti dan inovasi teknologi, meja makan kini mampu dijadikan medium pengiklanan yang berkesan. Tambahan pula dengan penggunaan Augmented Reality atau AR, pengiklanan menggunakan medium ini akan memberi pulangan yang besar dan impak yang berkualiti  pada kempen pemasaran kita.

Pengiklanan meja menggunakan teknologi Augmented Reality (Table Live Advertising) adalah satu inovasi serta kaedah terbaru yang popular di negara maju dan kini kian berkembang di negara ini untuk mempromosikan sesuatu produk dan perkhidmatan secara lebih tersusun, kemas dan menarik.

Kaedahnya ialah dengan meletakkan iklan anda yang mempunyai kandungan Augmented Reality di atas permukaan meja makan di restoran dan gerai yang menjadi tumpuan orang ramai datang.  Penggunaan teknologi AR ini akan menghidupkan iklan di meja makan serta menjadikan ia iklan yang interaktif.

Iklan-iklan tersebut akan diletakkan di meja-meja restoran atau kedai makan yang mempunyai ramai pengunjung & mengikut sasaran demografik pengguna yang anda mahukan. Ia juga memberi keselesaan kepada pelanggan untuk membaca atau mendapatkan maklumat serta berinteraksi dengang kandungan iklan AR tersebut.

Ini terjadi  tanpa sebarang paksaan atau tekanan kerana proses ini berlaku sementara mereka  menunggu pesanan atau sambil menikmati juadah.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan ganjaran atau hadiah apabila mereka berinteraksi dengan iklan anda yang mengandungi kandungan AR tersebut seperti bermain permainan video dalam bentuk AR & sebagainya dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka.

Penggunaan pengiklanan meja (Table Live Advertising) ini juga mampu mencapai antara 5000 orang pelanggan dalam masa sehari  dan  Ia juga boleh mencecah hampir 200,000  bakal pelanggan yang  melihat dan  berinteraksi  dengan iklan tersebut  dalam tempoh sebulan.

Kaedah pengiklanan meja menggunakan Augmented Reality (Table Live Advertising) adalah jauh lebih murah berbanding dengan medium pengiklanan yang lain dan ianya juga amat berkesan & sangat praktikal untuk diintegrasikan dengan teknologi Augmented Reality.

Jika tuan/puan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengiklanan meja (Table Live Advertising) dan servis berkaitan dengan Augmented Reality. Tuan/puan boleh menghubungi kami pada email marketing@arleta.my atau boleh hubungi kami di talian 0173424661.