Umum ketahui bahawa keadaan persaingan di pasaran pendidikan ketika ini sama ada di peringkat antarabangsa mahupun global adalah sangat kompetitif dan berdaya saing. Universiti awam mahupun swasta dilihat semakin sedar akan pentingnya untuk mereka memastikan bahawa teknik pemasaran mereka berkesan selaras dengan arus pemodenan masa kini.
Augmented Reality [AR] berupaya menjadikan kempen marketing anda ‘stand out’ atau menyerlah berbanding pesaing lain
Namun demikian, kesedaran masih tidak cukup tanpa sokongan maklumat yang boleh memastikan keberkesanan pemasaran mereka berjaya. Oleh itu, pada permulaan ini, pihak universiti harus mengetahui langkah terbaik bagi memastikan kelansungan kejayaaan dalam penggunaan teknologi tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=Qkqvhtnyhtw
Kandungan Interaktif
Hampir setiap hari pengguna di Malaysia secara amnya terdedah dengan pelbagai maklumat dan informasi, menyebabkan mereka kurang berupaya untuk memproses dan mengekalkan fokus terhadap sesuatu maklumat. Justeru, pentingnya teknik pemasaran untuk kelihatan lebih interaktif sekaligus mampu menarik serta mengekalkan fokus pengguna.
Hal ini demikian kerana kadar pengekalan fokus secara puratanya untuk seorang pengguna ialah 10 saat. Maksud di sini ialah hanya 10 saat sahaja diperlukan oleh seorang pengguna untuk memproses kandungan tersebut, sama ada berbaloi untuk dihadam atau sebaliknya. ‘Augmented Reality’, video dan visual infografik antara contoh terbaik dalam aspek ini.
Medium atau jenis-jenis media ini mampu menarik perhatian pengguna kerana ciri-cirinya yang mempunyai faktor yang ‘wow’.
https://www.youtube.com/watch?v=8NNYgCks72I
‘Storyline’ yang Padu
Kandungan kempen pemasaran yang padu dan jitu seharusnya memiliki ‘storyline’ atau jalan cerita yang mampu memancing minat pengguna untuk mengetahui kandungan pemasaran tersebut dengan lebih lanjut dan mendalam.
Hal ini kerana, kandungan yang berbentuk ‘storyline’ lebih mampu membuatkan pengguna merasai dengan lebih mendalam pengalaman yang ditonjolkan . Sebagai contoh, kandungan yang menggunakan teknologi ‘Augmented Reality’ mampu memaparkan visual yang berbentuk ‘storyline’ kerana ciri-cirinya yang hampir tiada limitasi dari segi penggubahan bentuk kandungan dan mempunyai kemampuan untuk menghasilkan pelbagai bentuk visual yang mampu memukau perhatian pengguna.
‘Call to Action’ yang Jelas
Tidak kira dalam apa jua bentuk teknik pemasaran yang anda lakukan, harus diingatkan bahawa pengguna atau pelanggan berpotensi anda perlu faham apa yang cuba disampaikan oleh kandungan pemasaran anda dan jelas dengan tindakan yang seharusnya mereka lakukan setelah selesai menghadam kandungan pemasaran terebut.
Ini bertujuan untuk membolehkan pengguna bertindak balas terhadap kandungan anda serta tidak ‘lost’ dalam memahami langkah sewajarnya dilakukan setelah faham akan kandungan pemasaran anda. Ruang pertanyaan soalan, pengisian maklumat peribadi atau link ke kandungan lain antara contoh ‘call to action’ yang berkesan.