Masa kini, kewujudan teknologi Augmented Reality (AR) di Malaysia telah menarik minat pelbagai pihak. Ini adalah hasil dari pelancaran permainan mudah-alih Augmented Reality (AR), Pokemon Go yang viral di seluruh dunia beberapa tahun lepas termasuk di Malaysia. Malah, hampir mustahil untuk mencari seseorang yang tidak pernah dengar tentang permainan mudah-alih AR itu.
Namun begitu, teknologi Augmented Reality (AR) bukan sekadar untuk permainan mudah-alih semata-mata. Malah ketika ini, teknologi ini mula digunakan untuk pelbagai bidang dari kesihatan ke Pendidikan hingga ke bidang pembinaan. Sekarang AR boleh digunakan untuk pemasaran dan ia mampu merevolusikan pemasaran digital dan cara para peniaga memasarkan produk/servis mereka selari dengan Wawasan 2020.
5 SEBAB UTAMA KENAPA AR ADALAH TEKNOLOGI “MESTI ADA” DALAM MEMASARKAN PRODUK/SERVIS ANDA SEKARANG
SEBAB #1: KOS EFFEKTIF
Setiap hari peniaga akan mencari pelbagai jalan terbaik untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan demi mendapatkan keuntungan yang optimum. Teknologi AR mampu menjimatkan kos pemasaran peniaga. Ini kerana walaupun dengan kewujudan iklan digital seperti Instagram Ads dan FB Ads, masih ramai peniaga bergantung kepada iklan tradisional yang bercetak walaupun kos semakin hari semakin tinggi.
Sebagai contoh, satu muka penuh iklan surat khabar boleh mencecah RM 50,000 hingga RM100,000 dengan hanpir tiada jaminan para peniaga akan mendapat pulangan pelaburan atau Return of Investment (ROI) hasil dari perbelanjaan mereka.
Semua itu berubah dengan teknologi AR dimana iklan mengunakan AR adalah lebih murah dan jauh lebih menarik daripada iklan bercetak. Sebagai contoh, harga untuk iklan AR bergantung kepada kualiti kandungan AR dimana kos kandungan AR yang ringkas mampu mencecah hingga RM 5,000 dan kos kandungan AR yang kompleks mampu mencecah RM 10,000 hingga RM 20,000.
Untuk bidang pengiklanan, jenis AR yang sesuai digunakan untuk iklan AR adalah AR berdasarkan penanda atau marker dan AR berdasarkan lokasi. Ini cara optimum untuk menghasilkan iklan AR.
- Iklan AR berdasarkan penanda adalah iklan dimana ia memerlukan “marker” yang boleh terdiri daripada gambar samada dalam bentuk bercetak atau digital yang pengguna akan imbas dengan telefon pintar mereka untuk melihat kandungan AR.
- Iklan AR berdasarkan lokasi adalah iklan yang tidak memerlukan penanda atau marker tetapi mengunakan lokasi pengguna (dengan bantuan GPS) untuk memaparkan kandungan AR.
Oleh itu, kempen pemasaran mengunakan iklan AR adalah lebih murah dan kos effective berbanding iklan di surat khabar atau majalah terkemuka. Tambahan pula, memandangkan kandungan AR berbetuk digital, ianya boleh diolah kembali dan diubah untuk kempen pemasaran masa hadapan.
SEBAB #2: MAMPU MENGABUNGKAN PEMASARAN OFFLINE KE PEMASARAN DIGITAL.
Selain dari menjimatkan kos, iklan Augmented Reality (AR) mampu mengabungkan pemasaran offline dengan pemasaran digital. Ini dapat dilakukan dengan meletakkan sambungan ke akaun mereka di platform media sosial.
Antara faedah dengan meletakan sambungan ke media sosial dalam iklan AR adalah pengguna dapat melihat dan membaca kandungan pemasaran yang berada di media sosial walaupun menggunakan risalah selain dapat mengelakkan pengguna membuang risalah anda. Hal ini menjadikan risalah anda mempunyai satu nilai tambah yang menarik dan dapat mengelakkan risalah anda dibuang begitu sahaja.
Selain itu, iklan AR menjimatkan masa peniaga dalam merangka strategi pemasaran kerana sebelum ini peniaga perlu merangka dua startegi pemasaran yang berbeza, iaitu pemasaran secara offline dan pemasaran digital. Ini mengambil masa lama dan kos yang tinggi. Dengan Iklan AR, peniaga dapat memberi lebih perhatian kepada perniagaan dan cara menjana keuntungan.
Disamping itu, dengan mengabungkan pemasaran offline dengan pemasaran online melalui iklan AR, peniaga bukan sahaja dapat mengetahui prestasi pemasaran online, bahkan peniaga boleh memantau pemasaran offline. Ini dapat dilakukan dengan salah satu caranya adalah jumlah orang mengimbas risalah yang mempunyai iklan AR.
SEBAB #3: CORONG ATAU “FUNNEL” PEMASARAN YANG PADU
Iklan AR mampu menjadi salah satu corong atau “funnel” pemasaran yang padu untuk peniaga dalam memasarkan produk/servis mereka. Corong pemasaran adalah satu teknik menukarkan bakal pelanggan kepada pembeli dengan mempengaruhi mereka di setiap peringkat. Setiap peringkat menggunakan medium pemasaran yang berbeza.
Antara medium pemasaran yang selalu digunakan peniaga adalah bahan pemasaran bercetak seperti risalah, brosur, banting dan lain-lain. Medium ini sesuai diintegrasikan dengan iklan AR terutama untuk jenis AR berdasarkan penanda (marker-based AR).
Faedahnya adalah ia mampu mempengaruhi minda bakal pelanggan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk/servis anda. Ini sangat penting kerana anda ingin bakal pelanggan anda tahu mengenai produk/servis anda sediakan dan terpengaruh dengan iklan AR anda sehingga ke peringkat pengguna membeli produk/servis.
SEBAB #4: IKLAN OFFLINE YANG BOLEH DIPANTAU PRESTASINYA.
Antara kekurangan iklan bercetak adalah agak sukar untuk memantau prestasi iklan tersebut. Ini kerana iklan bercetak tidak mempunyai alat yang mampu merekod prestasi iklan secara real-time berbanding iklan berbentuk digital.
Dengan mengaplikasikan AR dalam iklan bercetak anda, iklan tersebut dapat dipantau prestasinya melalui alat yakni aplikasi AR yang digunakan untuk mengimbas iklan bercetak tersebut. Antara kriteria yang digunakan untuk memantau iklan AR adalah jumlah imbasan, kawasan dimana imbasan iklan dilakukan, jumlah orang berinteraksi dengan iklan AR dan banyak lagi secara real-time.
Ini dapat membantu peniaga dalam menentukan prestasi iklan dan melakukan langkah-langkah mengoptimunkan prestasi iklan supaya mampu memberi pulangan pelaburan atau Return of Investment (ROI) yang padu.
SEBAB #5: HUBUNGAN EMOSI DENGAN IKLAN ANDA
Antara kelebihan dengan iklan AR adalah peniaga mampu membantu mencipta hubungan emosi tertentu dengan pelanggan. Tidak seperti imej atau sepanduk, sebagai contoh, iklan AR adalah interaktif dan memberi peluang untuk pengguna dapat melihat dan berinteraksi dengan kandungan AR itu.
Bayangkan, sebagai contoh, terdapat satu papan iklan dimana pengguna jalan raya dapat mengimbas papan iklan tersebut dan dapat menonton treler filem terbaru di skrin telefon pintar mereka. Mana antara kedua-dua strategi (billboard atau iklan AR) yang manakah yang akan mendorong lebih banyak minat? Tidak syak lagi, kebanyakan pelanggan akan memilih iklan AR.
Berinteraksi dengan iklan AR, pengguna merasa seperti mereka sedang berada di dalam permainan video yang menarik. Ini membina hubungan emosi dengan pelanggan, menggalakkan mereka membuat pembelian. Orang ramai mengingati jenama yang mempunyai ulasan positif, jadi iklan AR adalah sempurna bukan sahaja untuk mempromosikan jualan, tetapi juga untuk membina reputasi syarikat.
https://www.youtube.com/watch?v=h2Jg8ryVk1k