Dijangkakan menjelang tahun 2020 industri Augmented Reality (AR) and Virtual reality (VR) bakal mencecah USD193 bilion. Kedua-dua teknologi ini adalah trend terkini yang semakin mendapat perhatian dan semakin luas penggunaanya di dalam pelbagai industri.
Antara penggunaan teknologi ini adalah dalam bidang pemasaran, di mana teknologi ini mampu menaik taraf alat pemasaran bercetak yang sedia ada. Dengan Augmented Reality (AR), pemilik produk atau jenama mampu memberikan pengalaman baru (new experience) kepada pelanggan mereka, kerana teknologi ini mampu menghidupkan sebarang bahan cetakan dengan hanya melalui aplikasi AR yang terdapat di telefon pintar pengguna.
Untuk memahami bagaimana AR digunakan dalam strategi pemasaran, kita akan lihat beberapa contoh kempen pemasaran yang menggunakan AR seperti jenama terkemuka dunia berikut:
#1 Burger King
Objektif Kempen Pemasaran:
Mengalakkan peminat Burger King atau pengguna untuk “Membakar” iklan pesaing Burger King yang terdapat pada papan pengiklanan di sekitar jalanan. Ianya juga untuk menghargai peminat Burger King atau pengguna dengan memberikan ganjaran burger percuma kepada mereka yang mengikuti kempen ini.
#2 Santan by S&P
Objektif Kempen Pemasaran:
Mengalakkan orang ramai memilih & menggunakan serbuk krim kelapa segera yang dikenali sebagai SANTAN daripada S&P sebagai resepi dalam bahan masakan serta memudahkan pengguna mendapatkan resepi masakan daripada S&P dengan cara yang lebih menarik.
#3 Pepsi
Objektif Kempen Pemasaran:
Mengalakkan orang ramai untuk membeli produk keluaran baru Pepsi sempena “Pepsi Max” serta mempromosikan kempen bola sepak menggunakan aplikasi AR dan meningkatkan jualan produk Pepsi. Penggunaan AR ini telah menaik jualan “Pepsi Max” secara mendadak sepanjang kempen berlangsung.
#4 KFC
Objektif Kempen Pemasaran:
Mempromosikan produk terbaru KFC & memastikan pelanggan berinteraksi, dan berkongsi ke sosial media mereka dengan mengunakan risalah di atas meja serta memberikan kesan berpanjangan kepada pelanggan. Hasilnya, pelanggan akan setia menanti promosi dan produk terbaru dari KFC.