BAGAIMANA AUGMENTED REALITY (AR) MEMBERIKAN IMPAK KEPADA SEKTOR PENERBANGAN

Meningkatkan pengalaman penumpang yang datang ke lapangan terbang adalah objektif utama bagi pihak lapangan terbang. Banyak kaedah baru yang sedang dibangunkan bagi membantu mengurangkan masa menunggu penumpang di lapangan terbang. Salah satu kaedah baru yang boleh diaplikasikan di lapangan terbang ialah dengan menggunakan teknologi Augmented Reality

Apabila bercakap mengenai teknologi Augmented Reality, mungkin tanggapan pertama kita mesti menganggap teknologi ini sangat leceh atau susah untuk digunakan walhal teknologi ini mampu membantu pengguna mendapatkan sesuatu maklumat atau memberikan navigasi ke sesuatu tempat yang ingin ditujui semasa berada di lapangan terbang.

Untuk menggunakan teknologi Augmented Reality ini ke dalam kehidupan seharian, faktor yang perlu kita ambil kira adalah ianya mesti mudah digunakan oleh pengguna dan apa yang paling penting sekali kita perlu memastikan teknologi ini mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, penggunaan teknologi Augmented Reality perlulah dihubungkan melalui telefon pintar yang dimiliki pengguna untuk memudahkan mereka merasai pengalaman menggunakan teknologi Augmented Reality ini.

Penggunaan teknologi Augmented Reality ini adalah cara yang sama dilakukan oleh Niantic iaitu pembangun permainan Pokemon Go dimana permainan ini dikuasakan dengan teknologi Augmented Reality. Jelas sekali permainan Pokemon Go ini mendapat banyak sambutan sehingga jutaan orang telah bermain permainan ini untuk memburu Pokemon melalui telefon pintar mereka.

Jadi, mengapa kita tidak menggunakan peluang ini untuk memanfaatkan teknologi Augmented Reality di dalam lapangan terbang ini dengan konsep yang sama seperti permainan Pokemon Go tetapi pada masa yang penggunaan AR Navigasi mampu membantu pengguna untuk mendapatkan sesuatu maklumat di lapangan terbang dengan mudah dan pengguna juga boleh mendapatkan sesuatu ganjaran atau hadiah apabila menggunakan aplikasi Augmented Reality di dalam lapangan terbang contohnya seperti bermain “mini games” bagi mengisi masa terluang sambil mereka menunggu.

Untuk meningkatkan pengalaman pengguna yang berada di lapangan terbang, ianya melibatkan banyak faktor yang perlu disesuaikan. Jadi, untuk melakukan ini, aplikasi Augmented Reality yang terdapat di telefon pintar pengguna mampu menjadi satu alat panduan navigasi yang menunjukkan arah ke tempat – tempat tertentu di dalam lapangan terbang mengikut keutamaan pengguna tersebut.

Bagaimana aplikasi Augmented Reality tersebut mampu membantu pengguna dalam memberi penunjuk arah atau navigasi ke sesuatu tempat? Contohnya, apabila pengguna mengguna aplikasi AR di lapangan terbang, mereka boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai waktu pelepasan penerbangan mereka.

Selain itu, apabila pengguna ingin mencari sesuatu kedai atau lokasi kedai makan, pakaian, tandas atau sebaliknya, aplikasi AR ini akan membawa pengguna tersebut ke tempat yang ditujui dengan cepat & mudah difahami. Tambahan lagi, aplikasi AR ini bukan sahaja mampu menunjukkan arah atau navigasi kepada pengguna, tetapi ianya juga mampu memberikan informasi tambahan pada setiap tempat yang ditujui pengguna di lapangan terbang seperti promosi terkini & sebagainya.

Kesimpulannya, penggunaan teknologi Augmented Reality ini mampu memberikan impak yang positif kepada lapangan terbang terutama pengguna yang mengunjung ke lapangan terbang tersebut. Ianya bukan sahaja memudahkan pengguna yang berada di lapangan terbang malah ianya juga membantu perniagaan – perniagaan lain yang berada di dalam lapangan terbang untuk mempromosikan sesuatu produk atau servis terkini mereka dengan cara baru iaitu dengan menggunakan teknologi Augmented Reality.

Jika tuan puan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penggunaan Augmented Reality di dalam lapangan terbang tuan/puan boleh menghubungi kami melalui email kami marketing@arleta.my ataupun hubungi kami di talian 0173424661.

Leave a Comment