4 Sebab Utama Augmented Reality (AR) wajib dilaksanakan.
Teknologi Augmented Reality (AR) mampu memberi impak hebat dalam pameran. Ini kerana reputasi AR itu yang mampu memberi satu platform kepada pengguna untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan dan mendalam. Ini merupakan satu nilai tambah yang sangat bernilai terutama jika digunakan semasa dalam pameran – dan ini juga sebab utama pemain industri selalu memberi tahu anda untuk mengunakan AR dalam pameran.
Saranan mereka itu sangat tepat kerana kandungan AR itu, jika dihasilkan dengan mengunakan teknik 3C, ia boleh memberi satu impak yang hebat dan memberi peluang kepada pengguna, satu cara berinteraksi yang lebih menyeronokkan.
Namun, bagaimana AR mampu memberi satu pengalaman menyeronokkan kepada pengunjung pameran? Bagaimana AR mampu memberi nilai tambah terutamanya untuk pameran? Dan adakah peniaga berbaloi untuk melabur tenaga kreatif dan wang untuk melaksanakan AR dalam pameran secara teratur? Ini antara 4 sebab utama AR wajib dilaksanakan dalam pameran.
Perhatian sangat Bernilai
Menyertai sesebuah pameran merupakan satu perkara yang sangat penting bagi peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan. Ini kerana pameran bertindak sebagai satu platform kepada peniaga untuk memperkenalkan identiti jenama, personaliti pasukan dan fungsi produk dan servis – kepada pelanggan yang berpotensi dan media massa.
Jadi, apa yang perlu kita fokuskan bila kita mahu pameran yang kita sertai membawa kejayaan?. Maltlamat utama kebanyakkan yang menyertai pameran adalah untuk memastikan pengunjung pameran berinterasi dengan jenama anda dengan berada di ruang pameran anda selama mana yang mungkin.
Ini kerana kita mahu menarik perhatian pengunjung, meningkatkan memori pengunjung terhadap jenama anda dan meningkatkan masa pengunjung di ruang pameran anda . Ini dapat dilakukan melalui kandungan yang pengunjung boleh berinteraksi walaupun selepas mengunjungi pameran.
Ini sangat penting kerana kos untuk menyertai sesebuah pameran meningkat setiap tahun dan tiada tanda-tanda ianya akan turun dalam masa terdekat. Oleh itu, peniaga mahu memastikan penyertaan syarikat dalam sesebuah pameran memberi pulangan atau ROI (return of investment) yang positif. Inilah di mana Augmented Reality (AR) mampu membantu peniaga.
AR sebagai Magnet Tarikan Pengunjung
Kelebihan utama AR adalah ia mampu menjadikan ruang pameran anda sebagai tarikan atau tumpuan utama pengunjung di pameran tersebut dengan menghasilkan kandungan AR yang sangat menarik dan bila berinteraksi dengan kandungan AR tersebut, satu pengalaman sangat menyeronokkan. Hal ini sangat penting kerana tiada pengunjung akan singgah di ruang pameran yang kosong. Tambahan pula, pihak media seperti wartawan kebiasaannya hanya akan singgah di ruang pameran anda jika meriah dengan pengunjung mencuba aktiviti yang menyeronokan .
Secara langsung, ia membuka satu jalan dimana pengunjung dapat meneroka dan mengenali jenama dan produk anda dengan lebih interaktif mengikut kemampuan mereka. Apa yang hendak ditegaskan adalah “Lebih menyeronokan, kurang bercerita mengenai jualan”.
Pengalaman Lebih Bermakna Dengan Penjimatan Yang Gergasi
Dengan mengunapakai Augmented Reality (AR) dalam ruang pameran, pihak pempamer tidak perlu membawa peralatan yang bersaiz besar ke dalam ruang pameran, sekaligus membolehkan pihak pempamer menjimatkan ruang pameran yang terhad, lalu menjimatkan kos.
Sebagai contoh, Zappar dengan kerjasama syarikat Accuray, pembekal peralatan hospital, telah bekerjasama dalam menghasilkan satu replika mesin MRI untuk kegunaan di ruang pameran mereka dimana pengunjung dapat melihat replika itu “beroperasi” apabila mengimbas replika tersebut.
Malah, mereka juga telah menghasilkan versi replika mesin mudah-alih dimana pengunjung boleh membawa balik replika tersebut dan mengimbas replika tersebut dengan bentuk 3D yang interaktif di rumah mereka. Ini merupakan satu pengalaman AR yang sangat berkualiti bersaiz telapak tangan mereka berbanding mesin sebenar yang bersaiz sebuah lori.
Kurang Halangan Permulaan.
Masa kini, hampir semua jenama telefon pintar mampu menjalankan kandungan AR dengan lancar dan hampir 70% pengguna telefon pintar aktif mengunakan telefon pintar di pameran dan perhimpunan sosial. Ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan dimana pihak pempamer hanya perlu mengunakan CTA (Call To Action) untuk menarik pengunjung menggunakan telefon pintar mereka untuk mengimbas dan melihat kandungan AR yang disediakan.