3 CARA BAGAIMANA AUGMENTED REALITY MAMPU MEMBANTU JURUJUAL KERETA

Teknologi Augmented Reality mampu memberikan impak yang positif kepada industri Automotif, terutama kepada jurujual kereta.

Ini kerana teknologi Augmented Reality boleh menyampaikan maklumat produk dengan jauh lebih berkesan dan menarik. Perkara ini terjadi kerana kemampuan Augmented Reality yang boleh menghidupkan sebarang alat pemasaran yang bercetak.

Adakah anda salah seorang daripada jurujual kereta?

Jika ya, ini adalah artikel yang sangat sesuai untuk anda. Jadi kami akan kongsikan “3 Cara Bagaimana Augmented Reality Mampu Membantu Jurujual Kereta Untuk Membuat Pemasaran & Penjualan kereta”:

1. MEMBERI INFORMASI YANG LEBIH MUDAH KEPADA PELANGGAN

Augmented Reality mampu menyampaikan informasi dengan lebih unik & menarik kepada pelanggan. Alat pemasaran yang menggunakan teknologi AR akan membolehkan pengguna berinteraksi secara digital dengan informasi yang disampaikan. Di sebabkan itu pengguna akan lebih terpengaruh dengan informasi yang disampaikan menggunakan alat pemasaran tersebut.

Antara alat pemasaran yang sesuai digunakan bersama AR bagi tujuan penjualan kereta adalah brosur, risalah, katalog dan pelbagai lagi. Semua ini merupakan alat pemasaran yang WAJIB ada di setiap bilik pameran kereta.

Seperti yang kita tahu, para pelanggan hari ini boleh mendapatkan maklumat hanya melalui atas talian dan semua ini dihujung jari sahaja. Tetapi mereka tetap memerlukan sesuatu yang bercetak untuk dirujuk ketika melawat bilik pameran.

Jadi ini menyebabkan penggunaan AR bersama alat pemasaran merupakan satu taktik yang cukup sempurna dalam penyampaian informasi.

2. MEDIUM YANG MENGHUBUNGKAN ALAT PEMASARAN OFFLINE KEPADA ONLINE

Penggunaan Augmented Reality juga mampu menghubungkan alat pemasaran (offline) sedia ada menjadi alat pemasaran digital (online), di mana ianya memberi pengalaman baru kepada pelanggan anda.

Dengan Augmented Reality, kini pelanggan anda boleh mencuba & melihat kereta yang ingin dibeli dalam bentuk 3D model.

Selain itu, penggunaan aplikasi Augmented Reality pada alat pemasaran sedia ada ini juga mampu memberikan kelebihan kepada jurujual untuk mendapatkan data pengguna secara online & lebih tepat

Ianya juga membolehkan jurujual untuk membuat kempen pemasaran yang berkesan semasa berada di luar kawasan bilik pameran seperti jerayawara (roadshow), pasaraya & sebagainya.

3. MEMUDAHKAN PROSES JUALAN & PROSES PEMBELIAN

Anda boleh memberi satu pengalaman baru kepada pelanggan anda dengan menggunakan Augmented Reality. Contohnya, jika sebelum ini pelanggan anda hanya melihat gambar kereta semata-mata, tetapi hari ini dengan penggunaan AR, gambar tersebut boleh dilihat dalam bentuk 3D Model.

Disamping itu, pelanggan anda boleh menukar warna kereta, sportrim & malah boleh melihat kereta tersebut seperti skala sebenar di ruang tempat kereta rumah mereka atau di mana-mana.

Hasil daripada pelanggan anda berinteraksi dengan iklan yang mengandungi AR, mereka akan mudah terpengaruh kerana berlakunya interaksi di antara pengguna dan alat pemasaran.

Proses ini memudahkan pengguna membuat keputusan untuk membeli. Ianya secara tidak langsung lebih memudahkan proses jualan anda sebagai jurujual kereta. 

https://www.youtube.com/watch?v=pAeenPO0g3c

Leave a Comment