Bagaimana membuat kempen Augmented Reality (AR) yang berjaya.

Kita selalu tertanya-tanya bagaimanakah untuk membuat kempen Augmented Reality (AR) yang Berjaya. Ini merupakan satu soalan yang sangat bagus. Jadi artikel ini akan mengupas formula bagaimana untuk menghasilkan kandungan AR yang berkesan.

Hasil kajian kami selama 4 tahun dalam bidang AR, kami telah mendapati, kempen AR yang berjaya adalah kandungan AR yang menggunakan teknik 3 “C”. Teknik 3C yang di maksudkan ini adalah context, call to action & content. Setiap Satu “C” ini amat penting bagi menghasilkan kandungan Augmented Reality (AR) yang berkualiti.

“Context”, “Call to Action” & “Content”

Antara cabaran yang selalu dihadapi oleh jenama dan pemilik syarikat adalah tiada interaksi dengan kandungan AR mereka. Hal ini bukan di sebabkan teknologi itu tidak bagus, tetapi hal ini terjadi kerana mereka gagal merancang untuk menghasilkan kandungan AR yang berkualiti dari awal penghasilannya sehingga ke fasa kempen yang di lakukan.

Artikel ini akan mengupas formula 3 ”C” untuk menghasilkan sesebuah kandungan AR yang bagus serta berkualiti. Formula 3”C” ini adalah seperti berikut:

“Context”

Pertama sekali untuk menghasilkan kandungan Augmented Reality (AR) yang berkesan, kita perlu menghasilkan “Context” yang mampu menarik minat orang ramai untuk mencuba kandungan AR kita. Ringkasnya, context yang di sediakan haruslah mampu menarik minat orang ramai untuk menghalakan telefon pintar mereka ke arah produk atau tempat yang mempunyai kandungan AR tersebut.

Bila ingin membuat “Context”, kita perlu membayangkan dan meletakkan diri kita sebagai pengguna yang akan berinteraksi dengan kandungan AR tersebut. Ini akan membolehkan kita lebih memahami dan tahu apa yang perlu kita lakukan sebagai pembuat kandungan AR.

Perkara yang perlu di ambil kira untuk menghasilkan context yang bagus adalah kita perlu mengkaji tempat, masa dan cara bagaimana pengguna akan berinteraksi dengan kandungan AR kita. Ini bertujuan untuk mengelakkan pengguna melalui proses yang rumit untuk merasai pengalaman AR tersebut. Perkara ini jika tidak diambil berat, ianya akan memudaratkan kempen AR tersebut dan kita juga akan mengalami kerugian.

Kajian tentang context perlu di buat dengan teliti. Kerana peratus kejayaan sebuah kempen AR sangat bergantung pada bahagian ini. Harus di ingat teknologi semata-mata tidak akan menarik minat orang untuk mencuba kandungan AR kita. Jadi fokus kita dalam penghasilan dan kempen AR adalah pada keadaan fizikal produk yang mahu diimbas, lokasi dan bahan pemasaran yang digunakan untuk kempen AR tersebut.

“Call to Action”

“C” yang kedua adalah call to action. Kita perlu mempunyai satu “Call to Action” yang sangat jelas. Ini sangat penting dalam kempen menggunakan Teknologi Augmented Reality (AR). Anda harus ingat sekarang kita tidak hidup didalam dunia seperti “Minority Report” ataupun “Ready Player One” lagi. Di mana kandungan AR di dunia ini boleh dilihat semata-mata dengan menggunakan mata kasar sahaja. Tapi dunia dan zaman yang kita berada hari ini memerlukan telefon pintar untuk kita melihat kandungan AR yang terdapat di sekeliling kita.

Tanpa arahan dan sebab yang jelas dalam “Call to Action” kita, ia akan membuatkan orang ramai tidak mengimbas kandungan AR kita. Perkara ini akan mengakibatkan kegagalan kempen AR kita.

Sebagai SEBUAH jenama atau pemilik syarikat, kita perlu sangat jelas dalam memberitahu orang ramai bahawa mereka perlu memuat turun aplikasi dan menghalakan telefon pintar mereka pada gambar, wajah atau lokasi untuk mereka merasai pengalaman Augmented Reality. Jika tiada arahan yang jelas ini akan membuatkan orang ramai tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Perkara ini tidak boleh di pandang rendah dan diperlekehkan. Kita perlu memberitahu orang ramai apa yang perlu di lakukan dan apa hasilnya. Semua ini perlu dilakukan dengan jelas dan dalam keadaan yang paling mudah difahami orang ramai.

Kami di ARLETA menggunakan arahan “Call to Action” seperti Download, “Scan and watch it come to life”. Selain itu kami juga menggunakan arahan seperti ”Imbas menggunakan ARLETA untuk mendapatkan hadiah, promosi, magik, dan kejutan. Tanpa menggunakan ayat dan taktik yang betul dalam “Call to Action”, ini akan membuatkan orang ramai tidak mengimbas kandungan AR kita.

“Golden Rules” yang perlu kita ingat dalam menghasilkan Augmented Reality (AR), kita perlu tanamkan di fikiran kita bahawa orang ramai tidak tahu langsung tentang kewujudan kita dan tidak peduli tentang kandungan AR kita. Jadi arahan yang sangat jelas dan sebab yang sangat menarik perlu dititikberatkan jika ingin membuat “Call to Action”, pada setiap kempen AR kita.

“Content”

Untuk C yang terakhir sekali adalah kandungan AR ataupun Content. Kita perlu memastikan kandungan AR yang hendak disampaikan adalah sebuah kandungan yang boleh membuatkan orang ramai berasa teruja. Jangan sesekali membuat kandungan AR yang pengguna boleh mendapatkannya dengan hanya melihat di YouTube, Website atau pun ada di dalam aplikasi kita.

Kandungan Augmented Reality (AR) yang baik adalah sebuah kandungan AR yang boleh membuat kehidupan pengguna menjadi lebih baik dan pengguna juga boleh mendapat ganjaran daripada kandungan AR tersebut. Jika tidak, ia hanya akan memberi kesan buruk kepada jenama dan kempen AR kita.
Jadi tanya pada diri sendiri apa “Value Proposition” yang berbaloi kepada pengguna setelah mereka melalui proses untuk melihat kandungan AR kita. Pastikan kita membuat kandungan AR yang betul-betul menarik minat penguna.

Akhir sekali, jika kita menggunakan 3 perkara ini dengan betul kita akan dapat melihat kenaikkan yang mendadak dari sudut interaksi dan jualan menggunakan alat pemasaran bercetak kita. ARLETA dan Augmented Reality (AR) adalah satu cara yang berpotensi tinggi untuk mendapat interaksi dan untuk menaikkan jumlah muat turun serta untuk mendapatkan data pengguna. Kajian menunjukkan kebiasaan pengguna menggunakan 80 saat untuk mereka meneliti iklan yang menggunakan Arleta atau mengandungi AR. Pengguna juga mengimbas cetakan yang mempunyai AR dari Arleta sebanyak 3 kali setiap kali mereka imbas.

Rumusannya, Augmented Reality merupakan satu cara yang berkesan dan berpotensi dalam penyampaian maklumat. Ia sangat membantu dalam proses pemasaran dan jualan. Dengan erti kata lain ianya membuatkan proses “story telling” menjadi lebih menarik dan berkesan. Proses “storytelling” yang menggunakan AR akan membina hubungan di antara pengguna dan bahan cetakan yang menggunakan AR tersebut. Ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan bahan cetakan yang mengandungi kandungan AR. Proses interaksi ini akan mempengaruhi pengguna dengan “storytelling” atau iklan yang di sampaikan.

Jika tuan puan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Arleta dan Augmented Reality. Tuan/puan boleh menghubungi kami di email kami di marketing@arleta.my ataupun boleh hubungi kami di talian 0173424661.